Sabtu, 23 Februari 2013

Ilmu Islam yg dilupakan-kassyaf

Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-
hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerah
kan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.

Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu 
boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga,
 nescaya menjadi istidraj kepada mereka.

Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana
 dalam sebuah hadis qudsi,

Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan
 yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi
 pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni 
atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat 
perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan 
orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-
tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera 
Islam.

2) Kasyaf Telinga 

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib.
 Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, 
malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya
 berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang 
mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya,
 kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih
 dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh 
mengelak daripada bahaya itu.

3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia 
sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia 
memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima 
masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. 
Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal 

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke
hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa 
berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang 
yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu
 ain.

5) Kasyaf Hati 

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebut
kan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah 
kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar 
menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa 
hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-
seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah 
rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu 
takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang 
dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat me
mimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi 
pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaat
nya.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar